Isnin, 17 Oktober 2011

Mesin Basuh- AUTOMATIC



                           Ini adalah sebuah mesin basuh jenis 'AUTOMATIC' dan akan digunakan dalam salah satu 'PROJECTS ELECTRONIC'. Mesin ini mengalami kerosakkan  pada bahagian "SPIN". 

                         Dan sekarang apa yang penting  dalam apa-apa Rekacipta atau 'Modify' adalah mengetahui sifat-sifat asas pada Mesin Basuh ini, Mungkin dari segi Mekanikal atau pun dari segi Elektrik dan Elektronik.

Mesin Basuh 'AUTOMATIC'



Papan Elektronik Yang Terbakar- Kompenen Yang Mengawal Operasi PENGERING ("SPIN").


'Drawing Electric' -Ala-ala Kadar je. TAPI BANYAK GUNA..

Bahagian Bawah Mesin Basuh.

Motor Elektrik Yang digunakan Untuk 'Wash' Dan 'Spin'.

Tak sangka aku... Seingat aku motor elektrik untuk mesin basuh terbahagi kepada 2 iaitu Motor Untuk Membasuh dan Motor Untuk Pengering (Yang terdapat pada Mesin basuh 'Manual'). Rupanya cuma satu Motor sahaja yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja membasuh dan mengering pada mesin basuh jenis 'automatic' ini.


VIDEO: Asas Mengenai Mesin Basuh 'Automatic'.




'Modify Program " Mesin Basuh

                    Oleh kerana papan elektronik yang asal rosak untuk mengawal mesin basuh. Saya telah menukarkan papan elektronik tersebut kepada PLC Mitsubishi (PLC- 'Programmable Logic Controller').




Papan elektronik yang rosak


PLC Mitsubishi (PLC- 'Programmable Logic Controller').





Code asas PLC Bagi Program Mesin Basuh.



Video




Khamis, 22 September 2011

Lampu Amaran RPM MAX - FZ150i










                    Lampu ini kira di buat ala-ala TURBO  gitu. Sebenarnya tujuan asal adalah untuk memastikan RPM motor dalam keadan zon selamat. Dan sekali gus menjimatkan minyak dan menjaga keadaan engine dengan selamat.... 






                     Naik Taraf Sistem: Masalah yang timbul berlaku apabila lampu amaran ini diletakkan pada luar METER RPM ini. Ia mudah disentuh oleh kanak-kanak dan secara langsung telah dirosakkan.  

Video






Naik Taraf Sistem
   

                      Dengan masalah yang berlaku. Ia telah Dinaik Taraf sistem lama  kepada sistem baru dengan meletakkan lampu amaran didalam METER RPM. Dalam sistem ini lampu L.E.D RED telah di ubah, kepada lampu jenis L.E.D - R.G.B (red, green, blue).                       




Buat permulaan lampu berwarna biru adalah untuk berkeadaan 'Standby' ia berlaku pada kawasan diantara 2.5 K rpm ke 3.5 K rpm.


Kemudian pada jarum berada pada kedudukan 7 K rpm ke 8 K rpm. Ia bertukar berwarna hijau berkelipan.


Dan bertukar warna Merah pada kedudukan 8 K rpm ke Atas. 


Kajian/Experimen aku masih belum dapat apa yang dikehendaki iaitu Lampu Merah menyala pada RPM berkedudukan 10 K rpm.
Entah lah, apa masalahnya, data pada 'Microcontroller' tak dapat baca kot, atau pun program aku salah...Ape-ape hal pun, aku akan perbaiki program ini pada masa akan datang.



Video 

Tempat Testing : Tol Bukit Raja, Klang, Selangor




Isnin, 25 April 2011

Projects Car RGB






                         Dalam 'Projects Car RGB' ia mengunakan lampu jenis 'L.E.D RGB-'Red,Green,Blue'. Dan lampu ini diletak pada bawah kereta. Warna lampu boleh dikawal mengikut kehandak dengan menyelaraskan arus yang diberi apa ketiga-tiga lampu tersebut. Contoh Warna merah jambu(PINK), warna 'cyan', warna unggu dan seagainya.


                       Kawalan arus di dalam projek ini mengunakan 'microcontroller' iaitu arduino. Arduino adalah sebuah alat yang boleh di programkan melalui komputer. Dengan mengunakan Bahasa C dan C++ untuk beroperasi.








Bersambung.......................